MIR's.
about stuffs links home twitter


who's him?
Thursday, 25 May 2017 | 21:37 | 0 comments

ustajah pilihan ecewah
hi guys! so yes since tahun lepas aku biarkan je blog ni lonely lol sorry my beloved blog yg hm hambar nak mampus. literally, aku dah sambung study since bulan 11 eh ke bulan 10? alright nyanyuk kejap. banyak gila cerita baru yg aku tak sempat nak bagitahu. hm sorry again (acah je ramai baca) 😂 so aku start study tu terus aku mulakan life baru dengan kawan baru. i thought kat sekolah je berpuak rupanya tak hahahaha omg kat sana pun ada lah jugak berpuak.

pasal berpuak tu normal kot. sbb before aku masuk situ lagi ada sorang mamat ni bagitahu pendapat dia pasal perempuan ni suka sangat berpuak. tak macam lelaki. in case aku ni perempuan ofcourse lah nak back up perempuan kan. i sertakan hujah panjang utk back up tau so sila bersyukur wujudnya lagi perempuan macam seketul amira ihiks poyo betul. aku ni kategori geng comot. sbb pakaian tak semegah satu lagi geng ni. lawa weh hahaahahaha insecure tengok tp who cares? aku masih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang alhamdulillah bertaubat juga amira. 

start je belajar. start juga kenal ramai orang baru. tak kira laki ke perempuan. aku ambik kos berkaitan dengan hartanah. ha kau hartanah tau hahahahaha kos yang aku mmg tolak tepi kot dulu sbb fikir macam "amende ah hartanah lak aku nak belajo?" "lol tak famous" so itu pandangan aku dulu before start study. 

not bad lah kos tu. sbb bukan nak bangga ke apa. tapi bila orang tanya ambik kos apa? and bila aku jawab deme tu macam wow hartanah tu. and ayat "lepasni kalau nak beli rumah ke tanah boleh lah beli dari mira" ha okay cun aku tunggu engkorang punya nak beli tu. 

kat tempat aku study ni ada tiga kos in total. pengurusan hartanah, penilaian hartanah and lastly, agensi. aku ambik penilaian sbb kak iman which is kawan angah kat kmp dulu yang suggest. aku tak tahu mende pun weh tak tipu. plus tempat aku study ni tak ramai yang tahu so aku buat lek je bila apply tu lol ngek kan? ye ye tahu tak ambik serius sangat jadi gitu lah. 

dalam aku buat persiapan nak masuk situ, aku dapat puo kos banking. and guess what? aku tak rasa apa sbb aku dah sampai kl dah nak daftar dah lusa tu. lol mmg hati dah rasa macam lantak lah puo tu dulu aku nak masuk tak nak pulak ambik hahahaahha first intake i tak dapat so i dapat second intake. bersyukur dapat tu mmg ada tapi takpe lah rezeki kat tempat aku belajar sekarang kot. 

isnin bersamaan 24/10/2016 (kot) bermula lah life as student yang masih mentah. masuk je dewan pergh besor namateyyy. aku macam pergh ni dewan dia ke. aku kena gerak mana ni. aku kena rileks ni jangan tunjuk aku takut. buat buat berani pls mira. tu semua yg aku cakap dalam hati ye bukan bercakap sorang sorang ye. harap maklum. 

seminggu orientasi. schedule dia boleh tahan lah. paling takleh blah last day orientasi tu aku terbangun lambat. roommate aku pun lol. senior dah gerak banyak kali ketuk pintu semua haha tidur mati agaknya kitorang. penat sangat agaknya. tp as usual, buat lek je pi mandi siap semua. so semua tu dah berlalu and...

isnin depan tu start lah kelas pertama. seketul amira pakai baju kurung and tudung bawal "sup bunjut". roommate bising cakap takde gaya lain ke ahaha lol dah biasa macam tu hm but no worries sis masih comel auch kk raklu. kelas macam biasa. takde apa yang menarik minggu tu sbb aku penat kena kenalkan diri je and then kelas dismiss. wow aku pun mula berangan kalau macam ni kelas nya aku lah orang paling bahagia di dunia tapi harapan hanya tinggal harapan uish ayat kemain.

study punya study nak dekat cuti mid sem. balik naik bas sendiri. time ni lah aku mula rasa hidup anak perantau. ah sangat..... hahaha aku start belajar cemana nak berdikari. aku fikir takde siapa nak tolong aku so pepandai lah ambik keberanian tu ye. not bad lah naik bas semua tu sbb aku tidur je atas bas. and bersyukur juga kl ke taiping tak payah nak naik bas lompat. naik bas banyak kali semua ha gitu. bersyukur sangat! 

final sem 1 pun start and results tak gempak mana. atas 3 lah yg penting kahkah alhamdulillah. jangan tanya lebih lebih sebab sis ni beshe beshe je hm merendah diri sangat.

as usual, mesti ada yg macam tertanya amende yg who's him tu aduh. okay lah okay. before final sem 1 aku ada cerita lain nak masukkan. cuma hold je daripada tadi ni guys. aku start je habis dengan "abg dentist" tu aku ada je ada minta no bagai lol classmate sendiri tau. and then aku pun macam yelah kenal gitu je. biasa lah seketul amira ni kalau tak boleh ngam tu ye takleh lah tu. jangan paksa haha. 

okay lepastu kenal lah seorang ni. nama start dari a juga auch manis kan? lol gedik nya awak ni mir. aku start rapat dengan dia sbb group assignment. ye tahu biasa sangat kasi alasan tu kalau cinta kat u bermula kan. dahtu nak suruh aku tukar plot cerita ni ke? ha marah ni marah hahahaha haih. ok tak kelakar ye mir. kitorang ada 6 orang dlm group tu. 3 laki 3 perempuan. at first macam biasa. buat je kerja then diorang yg 4 orang ni tak nak kasi benda jadi serius bila buat kerja kan. mula lah usik. cakap laki bini. kan ada 3 "pasangan" tu. laki semua set kelantan je including him lah kan haha. so yes aku tak ambik serius pun bila dia buat cia cia ke apa. malam malam tu ws sbb kerja assignment je. dia tanya pendapat and aku as assistant dia pun buat kerja aku macam biasa. time tu aku dengan dia kira first time bertegur semua. sbb aku ni kira macam "sombong" bak kata dia dalam kelas tu. aku tak reti nak bersembang lagi dengan lelaki bagai. perempuan macam biasa lah kan.

dah habis presentation. dah habis kerja tu. selesai sudah. tp ada yang pelik. sbb apa? dia still ws aku malam malam buta. siang tu normal lah lagi. malam tu yg tak boleh blah. before tidur semua. wish goodnight macam i ni awek ni pulak ish haha. suka? mesti lah. dia ada semua yang aku em nak hahaha haih. tinggi uish tinggi sangat. paling tinggi kat sana i guess ok poyo. dia baik lah kalau tak dah tolak tepi. punya susah nak confess weh hahaha sbb malu katanya. now? dah tak malu. semua benda tak malu dah aigoooo.
sis sertakan gambo tak nampak muka satu aum


tak boleh cerita banyak sbb nak hold dulu. nanti cerita lagi em dalam setahun lagi ke hahaha have a nice day everyone bye! 💕